Alhamdulillah...Dengan penuh rasa kesyukuran saya memanjatkan doa ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, laman web UNiC Online ini dapat di siapkan.

Di dalam era ICT dan globalisasi kita tidak dapat menyangkal bahawa kepentingan mendokumenkan maklumat secara online untuk dikongsi oleh semua adalah merupakan satu perkongsian bestari dan maju selangkah ke hadapan.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat melayari laman web yang tidak seberapa ini dan jadikanlah yang baik itu teladan dan yang buruk itu sempadan.

Tujuan utama saya menghasilkan laman web ini adalah supaya kita semua dapat bertukar-tukar fikiran serta dapat mengetahui apa jua aktiviti yang akan ataupun sedang dijalankan di sekeliling kita selaras dengan keperluan zaman IT sekarang ini.

Saya telah mula mempelajari bidang ini semenjak tahun 2006 lagi. Saya juga pernah mengikuti kursus "Pembangunan Laman Web" di jabatan tempat saya bekerja.

Alhamdulillah kini saya telah mula sedikit demi sedikit mula dapat membangunkan laman web ini. Namun saya akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki lagi template laman web ini dari masa ke semasa.

Terima kasih kerana sudi melayari laman web ini. Semoga kita semua berjaya dengan gemilangnya.

PROMOSI LAMAN WEB
Di dalam era ICT dan globalisasi ini kita tidak dapat menyangkal bahawa kepentingan menyalurkan maklumat secara online untuk dikongsi oleh semua adalah merupakan satu perkongsian yang bestari dan maju selangkah ke hadapan baca selanjutnya di sini
PAKEJ
WAJA
WIRA
SAGA
RM550
RM450
RM350
   Homestay Desa
* Semua harga tidak termasuk harga domain dan hosting. 

Untuk membuat semakan nama domain klik sini

PAUTAN
eSyariah

;;